Disini admin ingin kongsikan kepada anda semua antara 10 tempat pelancongan yang “HEBAT” dan “OSEM” yang perlu anda lawati sebelum melancong dan travel ketempat lain. Ini kerana tempat-tempat ini bukan sahaja semata-mata untuk tujuan pelancongan sahaja, malah boleh menjadi ikhtibar dan pengajaran bagi kita kerana ia sangat berkait rapat dengan agama Islam iaitu agama yang kita anuti sekarang. Jadi, jom sama-sama kita terokai 10 tempat “HEBAT” ni….

 

  1. Dubai, UAE

Dubai, tidak asing lagi diperkatakan antara negara-negara Islam yang maju dan moden. Memiliki hotel yang paling mewah di dunia, bangunan yang tertinggi di dunia, pulau buatan yang terbesar di dunia dan taman tema dalam bangunan yang terbesar di dunia sudah cukup gah mengangkat DUBAI setanding bahkan lebih maju lagi berbanding negara-negara maju yang lain.

 

 

 

  1. Damsyik, Syria

Di Damsyik, kita dapat melihat antara bandar yang paling tua di dunai dan masih lagi dihuni oleh manusia sehingga kini. Mendapat jolokan “pintu masuk sejarah dunia” disebabkan oleh kehebatan senibina bangunan klasik Ottoman-Dimasq.

Antara lokasi sejarah disini ialah Masjid Umawi dan Makam Nabi Yahya, Nabi Hud dan Nabi Khidir, Makam Sallehudin Al-Ayubi, Makam para sahabat seperti Abu Hurairah, Abi Darda’, Bilal Al-Habshi, Muawiyah Abi Suffian, Abdullah Umm Makhtum. Tempat membeli belah pula di Souq Hammidiyah dan puluhan Khans di kota lama Dimasyq seperti Khanz Azem Pashadan Khans Jaqmaq.

 

 

 

  1. Laut Mati, Jordan

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Disebalik cerita Laut Mati ini terdapat kisah diantara Nabi Lut dan kaumnya yakni kaum yang menyukai sesama sejenis. Kisah ini telah dirakamkan didalam Al-Quran surah Hud:82 maksudnya: “Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.” Semoga kita mengambil iktibar disebalik kisah ini.

 

 

 

  1. Kaherah, Mesir

Kaherah, Kota Nabi Musa dan juga kota yang menyimpan khazanah dunia serta salah satu daripada tujuh binaan yang ajaib di dunia- Piramid. Diantara tempat-tempat menarik yang harus dilawati adalah Sakkara, Memphis, Citadel(rumah pemerintah Mesir yang berusia 700 tahun), Gereja Gantung, Ben Era Synagogue(Kuil Yahudi) dan tidak asing lagi universiti paling tua di dunia, iaitu Universiti Al-Azhar, yang juga merupakan pusat ilmuan Islam dunia serta tempat lahirnya ulama’ di mata dunia.

 

 

 

  1. Petra, Jordan

Petra, merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia. Ia juga merupakan kota Kuno yang cukup canggih dan mendahului zaman. Kota ini dibina pada zaman Nabi Saleh. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka tetap menyembah dewa dan patung. Antara kisahnya, Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, namun sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Nabi Saleh diberi mukjizat dengan peristiwa keluarnya unta dari celahan batu. Namun mereka telah membunuh unta tersebut. Akibatnya, Allah menurunkan bala ke atas kaum nabi Saleh. Kisah Nabi Saleh telah diceritakan didalam surah Al-A’raaf ayat 73 hingga ayat 79, Surah  Hud  ayat 61 hingga ayat 68 dan surah Al-Qamar ayat 23 hingga ayat 32.

 

 

 

 

  1. Andalusia, Sepanyol

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Asalnya, wilayah ini dihuni oleh bangsa yang kafir. Kemudian, panglima Bani Umayyah, Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusayr menentang pemerintahan zalim bangsa Visigoth ini dan menggelarkan wilayah tersebut sebagai Tanah Vandal (Vandalusia atau Andalusia).

 

 

 

  1. Istanbul, Turki

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak.

Sabda baginda SAW :

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”. (hadis riwayat Ahmad)

Kota ini akhirnya telah berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Siapa sangka tentera Islam mampu melayarkan 70 kapal laut melalui daratan yang sejauh tiga batu dengan hanya satu malam! Keajaiban tentera Uthmaniah ini berakhir dengan penawanan Kota Constantinaple kepada Islam. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah ‘Uthmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

 

 

 

  1. Baitul Maqdis, Palestin

Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w.Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.”  ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad).

 

 

 

  1. Madinah, Arab Saudi

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba. Madinah merupakan bumi yang paling dikasihi oleh Allah SWT kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis.

 

 

 

  1. Makkah, Arab Saudi

Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Muhammad SAW dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah SWT. Ia merupakan kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk solat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan Haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah. Memang aib jika sudah keliling dunia, tetapi tidak pernah menjejak kaki ke sini. Jom sama-sama letakkan niat kita untuk sampai ke kota yang paling suci ini Kota Makkah. Ameen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *