Disini adalah sedikit perkongsian serta asas persediaan sebelum anda melancong ke luar negara. Diingatkan bahawa ini adalah perkara asas sekiranya anda melancong bersama travel agensi. Sekiranya anda melancong secara “backpackers”, perkara asas ini mungkin lagi banyak yang perlu anda perhatikan satu demi satu.

 

 

Sekarang, kita lihat antara perkara asas yang perlu diperhatikan sebelum travel:

 

1- Passport/Visa

Ini tersangtlah penting untuk berurusan dengan negara luar daripada Malaysia. Pastikan bahawa passport anda masih hidup ketika tarikh anda pergi melancong dan tarikh anda balik ke Malaysia. Untuk visa pula biasanya akan diuruskan oleh travel agensi dan ia perlu dibawa ketika melancong  ke luar negara.

 

 

2- Hotel/Tiket/Flight dan Itinerary 

Perkara ini memang akan diuruskan sepenuhnya oleh travel agensi, tetapi anda juga perlulah dan mestilah mengambil tahu tentang detail maklumat yang berkaitan perkara diatas. Terutama sekali jika anda first time pergi melancong ke negara tersebut. Sangat penting!

 

 

3- Duit yang Mencukupi

Ok, untuk bab duit ni, anda dinasihatkan supaya menukar duit di pengurup wang yang sah. Tukar duit mengikut bajet yang besesuaian anda untuk perbelanjaan disana. Biasanya, lebihkan sedikit pertukaran duit tu incase ada kecemasan yang memerlukan duit matawang asing disana. Elakkan daripada menukar duit di lapangan terbang kerana duit yang anda perolehi mungkin jauh lebih rendah atau lebih mahal daripada biasa.

 

 

4- Kelengkapan Peribadi

Ini termasuklah semua peralatan serta kelengkapan harian seperti baju yang mencukupi, handphone dan charger, peralatan mandian, ubat-ubatan (sekiranya anda memerlukan), selipar, dan sebagainya. Sesetengah orang berbeza kelengkapan peribadi masing-masing. Jadi, tips dia, cuba anda fikirkan apakah barang yang anda rasa tidak boleh “hidup” tanpanya seharian ataupun 3 hari.

 

 

5- Persediaan Mental

Akhir sekali, persediaan mental. Persediaaan mental yang bermaksud disini adalah merangkumi semua aspek tentang negara yang bakal anda lawati. Anda perlu “google” sedikit tentang musim disana, pantang larang disana, budaya disana, percakapan disana. dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, anda perlu kenal dan study sikit tentang negara tersebut.

 

Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian serta tips persediaan sebelum anda ke luar negara KHAS kepada anda yang travel bersama travel agensi. Tetapi kepada anda yang berniat untuk  pergi secara “backpackers” ke luar negara, banyak lagi perkara asas yang perlu anda ketahui  dan kaji satu demi satu. Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *