Allah berfirman dalam Surah Al-Mulk ayat 15:

“هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ”

Maksudnya :  ” Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula”.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia digalakkan untuk mengembara dan mengambil iktibar di setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan “berjalanlah” atau “mengembaralah” di muka bumi ALLAH.

Ini semua adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan manusia tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan serta keindahan ciptaan-Nya. Setiap apa ciptaan dan pengaturan-Nya pasti ada hikmah-Nya. Tidak ALLAH jadikan sesuatu di muka bumi ini sia-sia melainkan ada pengajaran di sebaliknya.

Semoga pengembaraan yang kita lalui di bumi ALLAH ini mendapat rahmat serta pengampunan dari-Nya dek kerana Ibrah yang diambil dari kesan pengembaraan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *