Antara jemaah umrah AJAQ bergambar bersama IM Jabar

Banyak perkara yang perlu dilihat dan dalami sebelum membuat pilihan pakej umrah yang terbaik. Berikut adalah kriteria yang menjadi kebiasaan para jemaah menilai sebelum memilih pakej umrah.

 

1- Jarak Hotel di Makkah dan di Madinah

Jarak hotel memainkan peranan penting dalam membuat pilihan pakej umrah. Ini kerana, keupayaan seorang jemaah sangat berbeza ketikamana mereka berada di Makkah. Bagi yang berkemampuan, mungkin jarak hotel bukan lagi masalah yang perlu dilihat. Akan tetapi, kebanyakan jemaah umrah terdiri daripada golongan yang berusia 40 tahun keatas. Jadi sudah tentu jarak diantara hotel ke MasjidilHaram perlulah diambil kira dalam membuat pemilihan pakej umrah.

 

2- Latar Belakang Agensi

Agensi yang mengendalikan jemaah umrah perlulah berdaftar dan mendapat lesen daripada Kementerian Perlancongan di Malaysia. Agensi itu baru atau lama, bukan lagi masalah sekiranya sudah mendapat lesen, yang penting, lihat siapa penaung di bawah agensi umrah tersebut. Selidik latar belakang agensi. Adakah ia mengeluarkan sendiri visa umrah? Bagaimana feedback jemaah yang sudah mengikuti agensi tersebut? Dan adakah agensi itu wujud. Elakkan daripada membuat bayaran bank in sebelum anda pergi melihat sendiri agensi itu wujud di depan mata anda.

 

3- Pemilihan flight/kapal terbang

Pernah berlaku flight yang dinaiki jemaah umrah tidak mendapat permit untuk mendarat. Jadi, jemaah terpaksa patah balik ke negara asal disebabkan tiada permit untuk memasuki negara tersebut. Oleh itu, amat penting bagi para jemaah untuk membuat pemilihan yang terbaik bagi flight yang dinaiki. Kebiasaanya flight sudah termasuk dalam pakej umrah. Akan tetapi, para jemaah boleh membuat pilihan samada ingin meneruskan pakej atau tidak. Elakkan daripada mengambil flight transit / delay yang terlalu lama di sesebuah negara kerana ia boleh menyebabkan mood untuk beribadah di Tanah Suci akan terjejas.

 

4- Jenis bilik

Kebiasaanya jemaah umrah akan pergi ke Makkah berdua atau lebih. Jadi, untuk mendapat keselesaan sewaktu beribadah di sana, pastikan bilik yang ditempah dengan agensi umrah, mengikut apa yang diinginkan. Harga yang ditawarkan juga berbeza mengikut jenis bilik yang ditempah.

 

5- Persediaan / Kursus umrah

Pastikan sebelum mendaftar umrah, pastikan dahulu adakah agensi tersebut ada menawarkan kursus pendedahan amali umrah sebelum berangkat ke tanah suci. Ini penting bagi persediaan para jemaah yang ingin menunaikan umrah dalam keadaan yang bersedia terutama kepada jemaah yang pertama kali pergi ke tanah suci.

 

6- Harga

Antara faktor yang menyebabkan harga pakej umrah berbeza adalah, JARAK HOTEL, JENIS FLIGHT, JENIS BILIK, dan KEADAAN MUSIM di Tanah Suci. Jadi, pastikan anda para jemaah memilih harga yang bertepatan dan besesuaian dengan faktor yang disebutkan tadi. Waallahuallam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *